Wednesday 14 January 2015

ULU YAM : Part I


Assalamualaikum sahabat. Nimen hao ? :P

Salah satu kisah terpenting dalam lipatan sejarah hidupku.. 
Baru sekarang sempat kongsikan ... Ampun yaa :P


28 September 2014


Majlis perlantikan Exco baru dan simulasi Debat baru berakhir.
Satu pengalaman yang bakal berguna untuk aku yang baru mula menceburi dunia pengurusan debat.

Aku "ditugaskan" menjadi Unit Hakim bersama Kak Anis. Well, aku ingat dia sebaya dengan aku. Selamba ja panggil Anis ooo Anis. Hehe. Awet muda giteww Kak Anis nie.

Kami banyak dapat tunjuk ajar dari Abang Aizat dan Kak Afzan.
Depa siap promote lagi untuk jadi Unit Hakim lepas nie. Best jugak unit Hakim nie, nampak macam tak banyak keja . Wakaka. Suka kau eh fizah. Simulasi ja memang la simple2 dulu. Hoho

Enough with that. 



Part paling aku suka, kami dibenarkan turun sungai aka air terjun for the last time before kami balik. Hehe. Aku , Shiqa dengan adik2 tahun 1 (cewwah ! eh :P) Mawaddah, Aishah, Aleen pun pergi bermandi manda. Hampeh mana mandi pun. celup kaki ja pun. Selfie tu penting ! Wooo. Sempat selfie dengan Kak Farhana dan Kak Mizah yang kebetulan ada kat situ. Nie antara akak2 yang ingat nama aku sampai habis kem. Ok, terharu ! Siapalah aku untuk diingat nama, ok kau poyo fizah !

Seronok berselfie sakan. Tup tup gambar selfie kami ada "benda" tumpang. Cuak weyhh. Abaikan , dia pun makhluk Allah.  T___T

Petang tu , kami diarahkan berkumpul 4.30 petang  untuk naik bas . Wooo. nak balik dah, tinggalkan suasana hutan nieee. Best kott ! Rinduuuu.

Memandangkan kami sudah lali dengan "ketepatan masa" bas, kami pun decide untuk solat Asar dulu, aku , shiqa , aleen dan nadzrah. Hehe.

Kami terlambat skit , tak sempat nak naik trip first ke bus di jalan besar. Takpa deh, sempat laaa luang masa dulu kat Kem nie, sempat gak korek tips dari orang hebat macam kak Norli, oohh akak yang sangat caring, salah seorang teammate masa jungle trekking. Hehe. Lawak rupanya akak nie.

Haaa, pastu bila next trip dah sampai, beramai-ramailah kami berjemaah naik kereta untuk ke jalan bas. bagus betul pakcik2 trainer nie, dalam perjalanan balik pun sempat g bercerita pasai panorama hutan Rimba Kalong nie. Aku diberitahu kawasan hutan nie, akan dikunjungi satu spesies kupu-kupu yang sangat cantik berwarna HIJAU, April setiap tahun. Nie buat kami nak datang lagi nieee. Aku pantang dengar benda2 ceni. haha. *tapi cara ayah aku macam dah tak bagi join kem ja pasnie T___T

Sampai ja ke jalan besar, aku dah nampak 2 buah bas menunggu kami semuaaa. Ermmm, nak naik bas yang mana eh ? Bas sekolah "restu mak bapak" nie dah naik hari tu, tapi macam tak best jaaa. sempit sikit hehe. takpalah try bas depan warna purple nie pulak. Kita cuba dua2 bas. Kali nie, nak duduk depan lahh. Hehe. Belakang seat driver, oopps, rosak la pulak seat diaa, taleh nak adjust. Tempat lain macam dah full ja. Sebelum bas jalan, ada row second kosong. Shiqa pun ajak aku duduk situ.

Bas mula bergerak dalam 5.30 petang. Bas belakang (oren) gerak dulu. Kami bas purple follow dari belakang ja. Row depan aku rupanya diduduki oleh pakcik co-driver 70 tahun (orang lah kata, aku nampak mcm muda g :P ) dan sebelah kanan dia kak Ad dan kak ita duduk.

Sebelum aku lelap, sempat laa salin contact no dengan kak ad, sibuk betul kak ad, tangan penuh telefon. Hehe

Penat punya pasai, aku bantai tidur terus, nak potpet dengan Shiqa macam masa nak sampai, dah tak larat. Nak main fon pun, bateri dah nak habis, pegang ja lahh. peluk beg cenderahati dapat masa kem. tag nama aku dah hancuss masa river trekking. *sapa suruh kau dengan comelnya pakai tag nama, kan dah rosak. T____T

Kau tak baca doa naik kenderaan fizah, doa tidoq pun kau tak baca. Hmm apa nak jadi.

Klimaksnya , bermula apabila.....

Aku tak sedar berapa lama aku tidur, tapi satu benda yang buat aku terjaga. Aku memang sensitif dengan pergerakan, aku mesti terjaga. Dalam keadaan mamai, aku dengar " Pegang kuat-kuat !" suara pakcik bas kedengaran. Situasi berlaku memang cepat sangat. Serius habaq , sangat cepat. Aku rasa macam mimpi . Bas bergoyang kiri ke kanan dengan inertia yang sangat kuat. Aku rasa hampir terpelanting sebelum aku nampak bas bergerak ke arah divider dan bummp. Aku dah tak sedar.

Aku terjaga dalam keadaan spek dia tangan dah terpatah dua.Aku bukan lagi di tempat asal aku di sebelah kiri bas, tapi aku kini di seat sebelah kanan betul2 di belakang driver.  Muka aku rasa macam penuh dengan sesuatu, darah mungkin. Aku dengar ada seorang pakcik (mungkin outsider) datang gerak aku, jom adik kita turun bas. " Adik boleh jalan? " . "Boleh, pakcik. Saya boleh jalan. Cuma sakit sikit" . Dalam keadaan rabun, aku nampak kak Ad dan kak Ita mengerang sakit. Aku nak bantu tapi tak mampu. maafkan aku kak. T___T


Aku cuba jalan dalam keadaan berpaut pada kerusi2 bas yang ada. Agak sukar sebab keadaan bas yang agak terjungkit, aku perlu berjalan dalam keadaan seolah2 mendaki untuk keluar melalui pintu kecemasan di bahagian belakang bus. Aku perlu terjun ke bawah , memijak kerusi yang disediakan orang awam di situ. Ada beberapa orang yang membantu memapah aku sejurus aku memijak tanah dan ke seberang jalan.  Aku lihat ramai sahabat2 KD lain di tepi jalan, macam-macam keadaan, terbaring, terduduk, menangis. Serba serbi ada.

Aku diberi tuala berwarna merah oleh seseorang. Aku tak ingat sapa dia. Dengan tuala tu, ada yang membantu mengelap wajah aku dan tangan yang penuh berlumuran darah. Tudung aku juga basah dengan darah. Darah tak berhenti mengalir keluar dari hidung dan multu aku. Alhamdulillah darah makin kurang selepas itu. 

Aku segera meminta telefon pada sesiapa yang berada di keliling aku, satu ja yang aku ingat masa tu. "MAMA !" aku nak call mama. Aku khabarkan kepada mama keadaan aku. Terus aku tak dapat menahan sebak. Terus menangis. Siap kena "marah" dengan pakcik tu, jangan nangis.huhu. Ok, tenang semula fizah. 

Kak Ita dan Kak Ad diletak berdekatan aku. Keadaan kak Ad yang separuh sedar tu memang merisaukan. Kak Ad kata matanya kabur. Pendarahannya cuma di kawasan kepala. Wajahnya bersih dari sebarang luka. Cuma aku berulang kali cuba ber cakap-cakap dengan Kak Ad untuk pastikan dia sentiasa sedar. Bahaya jugak kalau pengsan.

bersambung.....

Saya sudah kembali la awak ! :P

Assalamualaikum. Ohayou gozaimasu ! 

Godek-godek blog sendiri tadi, baru prasan last post aku adalah pasai final exam.
Weee. hampir 1 sem aku tak bukak blog sendiri... Nampak tak sibuk tu ?
Haha. Busy la sangat kan ? *tangan ke bahu mata ke atas*

Actually, a lot of things happened through the semester... 
Macam-macam yang aku never expect akan jadi dalam kehidupan aku..

Tapi semester nie juga banyak bawa perubahan dalam hidup aku..
Benar kata orang, pengalaman mematangkan manusia.. 
Yes, indeed it did opened up my eyes and mind on my real purpose being borned on this dunia yang fana' ...

InsyaAllah, post-post selepas ni akan aku kupas sedikit sebanyak tentang pengalaman aku sepanjang semester ke-3, tahun 2 FPBU. 

Adioss amigoss ! Thanks for lending your eyes and heart reading this ridiculous writings ! :P

Assalamualaikum . Zaijian :)